Sistem Politik Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem politik
berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep
"siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post).
Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama
parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973,
perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan
yang lebih besar -- Barisan
Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan
Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri
Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan
National.
Proses politik di Malaysia boleh
digambarkan sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)"
yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka
kerja campuran yang besar" . Di dalam buku Government and Politics in
Southeast Asia' cabang eksekutif cenderung untuk mendominasi aktiviti politik,
dengan pejabat Perdana Menteri menjadi satu kedudukan untuk mempengerusikan
"sekumpulan kuasa yang semakin membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil
terhadap individu atau organisasi," dan "memudahkan peluang
perniagaan". Pada umumnya kritikan-kritikan mengakui walaupun
autoritorianisme di Malaysia melangkaui pentadbiranMahathir bin Mohamad, beliau juga adalah
orang yang "membawa proses berkenaan kehadapan dengan berkesan"
Sarjana undang-undang mencadangkan
bahawa secara politiknya "persamaan bagi keharmonian agama dan
bangsa" adalah sangat rapuh, dan "kerapuhan ini berpunca daripada
identifikasi agama dan bangsa berpasangan dengan ketuanan
Melayu orang-orang
Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan
hak."
Seperti kehendak segelintir
masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam,
desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan
yang mencucuk dalam suatu sistem politik— satu sistem yang berdasarkan
kecemerlangan politik orang Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa
autoriti pemerintahan orang Melayu.
Pada awal September 1998, Perdana Menteri
pada waktu itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana
Menterinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan melakukan perbuatan
tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar mengatakan
bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir.
Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan
reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap,
dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara),
dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah,
dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan
termasuklah halangan keadilan dan liwat. Pada bulan April
1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah
dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati
bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas
kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah
dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit
kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau
telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan
daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan
Nasional telah kembai
berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi
kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya
kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeriKelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.
Perdana menteri kini adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak
Lah'). Beliau mengambil alih pentabiran berikutan persaraan Dr. Mahathir(sekarang Tun Dr. Mahathir)
pada 31 Oktober 2003. Abdullah Badawi
dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika
dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan
bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar
berorientasikan agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir, sementara itu
membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr.
Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika
Syarikatdan Australia secara khusus.
Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004,
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan
Nasional untuk
mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan
Nasional mendapat
semula negeri Terengganu.
Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen.
Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah
menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat
tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati
ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti
sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk
mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang,
anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul.
Pada pilihan raya umum tahun 2008,
parti-parti pembangkang berjaya menghalang Barisan Nasional dari meraih
majoriti ⅔ buat kali pertama sejak tahun 1969, iaitu 82 daripada
222 kerusi di Dewan Rakyat. Tiga parti pembangkang utama, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Islam Se-Malaysia membentuk satu perikatan bergelar Pakatan
Rakyat tidak lama
selepas kejayaan ini.
Sistem Politik Malaysia
Reviewed by Unknown
on
12.34
Rating:
Tidak ada komentar: